Mr.Lokman Vs Ratnasari

Kami dari Pergerakan Perantau Pemuda Tebuk Sirang menghulur jutaan terima kasih ats jemputan ke majlis perkahwinan Saudara Lokman Hj Hassan bersama pasangan belahan jiwa beliau. Dengan penuh rasa persaudaraan, kami mendoakan semoga umur beliaun dan pasangan berpanjangan dan kekal bahagia hingga ke syurga.

James Bond jual dadah, Dadah dijual 2kg berat, Separuh iman,disempurnakan sudah, Moga segera menimang zuriat.
Posted on 8:51 AM by Anak2 Rantau PPPTS and filed under | 4 Comments »

Mari Berpantun

Buah langsat dibuang tangkai
Dibawa pulang dengan basikal
Beza manusia dengan bangkai
Hidup beriman bersendi akal

Orang politik suka bergaduh
Ada yang sampai panas baran
Bertaubat usah ditangguh
Maut datang tanpa amaran

Air limau air kelapa
Sungguh sedap dibuat minuman
Dunia dipetik, akhirat dilupa
Bagaimana hendak bertemu Tuhan
Posted on 9:30 AM by Anak2 Rantau PPPTS and filed under | 2 Comments »

Kisah Tauladan


Pada suatu masa ada seorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperleceh Islam.

Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian ia nekat untuk menyahut seruan lelaki itu. Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi

orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?" Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyaht

cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan.

Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama,

"Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"

Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu.

Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata,

"Apa? Kau mahu aku turun?"

"Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?"

Akhirnya lelaki itu turun dan itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi".

Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar!!!"

Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak jera lalu menanyakan soalan kedua.

Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?" Anak lelaki itupun bertafakkur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0" Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?"

Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada" Anak lelaki itupun

berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".

Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar!!!!" Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga,

" Ke arah mana Allah menghadap? "

Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak. Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata,

"Apa yang kau ingin buktikan?"

Anak lelaki itupun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulan ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempatpun

Dia tiada. Orang ramaipun bersorak lagi sambil bertakbir, ""Allah-hu-akbar!!!" Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belajar dengan anak itu.

Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.

Posted on 4:13 PM by Anak2 Rantau PPPTS and filed under | 0 Comments »

Welcome my dear fellows

Hello my orang kampung!!!

ni post yg pertama setelah kewujudan blog utk Anak-anak Rantau kampung Tebuk Sirang ni..
semoga dgn bermulanya hari ini, kita semua kan lebih bersatu & lebih mencintai kampung kita..

bak kate orang2 moden...

"Bersatu kita teguh..bercerai kita kawin la lagi.."ekekee :)

Sampai sini dulu, lain kali akan de posting yg lebih menarik..

c u again

Posted on 2:27 PM by Anak2 Rantau PPPTS and filed under | 0 Comments »

Aktiviti PPPTS


salam semua..

Just to inform...Persatuan Pergerakan Pemuda Tebuk Sirang (PPPTS), sedang membuat kutipan seikhlas mungkin dari semua ahli dan bukan ahli utntuk sama-sama menyumbang dan menabung utk bekalan akhirat kelak. PPPTS membuat kutipan untuk membiayai aktiviti mengecat (minyak) surau yang sudah kelihatan kusam akhir0akhir ini.. semoga dengan berkat sumbangan saudara-saudara semua akan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda dr Allah S.W.T.

Sumbangan saudara2 sekalian boleh la disalurkan ke:

Muhammad Haris Bin Othman
No. Akaun CIMB : 12170071939522

setiap sumbangan anda akan direkodkan & mohon inform pada Aris - 0172745012 setelah sumbangan diberikan. Terima kasih.
Posted on 2:11 PM by Anak2 Rantau PPPTS and filed under | 1 Comments »


Posted on 12:20 PM by Anak2 Rantau PPPTS and filed under | 0 Comments »