Sejarah Penubuhan PPPTS






Sejarah Penubuhan Pergerakan Pemuda Perantau Tebuk Sirang(PPPTS)


  • Pergerakan ini ditubuhkan sekitar tahun 2007.
  • Mula bergerak aktif pada awal 2008 dengan pelbagai perancangan & aktiviti.
  • Pergerakan ini diilham & ditubuhkan atas rasa tanggungjawab anak-anak rantau Kg Tebuk Sirang untuk berganding bahu membantu, mengeratkan silaturahim sesama warga kampung & memperkasakan agama, bangsa & negara.
  • Memilih slogan"BERSATU UNTUK SEMUA" sebagai tanda perpaduan persefahaman, persepakatan & kemajuan antara semua ahli & penduduk kampung.
  • Ditubuhkan sebagai inisiatif ahli bersama-sama penduduk kampung untuk melaksana & menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pergerakan atau penduduk kampung sendiri.
  • Pelbagai cara pergerakan ini membantu penduduk kampung, antaranya dengan mengumpul dana untuk disalurkan kepada surau, orang perseoarangan dan sebagainya. Sentiasa untuk pulang ke kampung jika ada aktiviti dikampung seperti kenduri, gotong royong bagai meramaikan, memeriah & mengeratkan lagi perpaduan kampung.
  • Pergerakan pemuda ini sedang berusaha untuk menambah bilangan ahli & giat mengumpul dana untuk merialisasikan setiap aktiviti yang dirancang.
  • Berharap pergerakan yang ditubuhkan dengan penuh rasa ikhlas ini dapat berkekalan dan berkembang hingga ke generasi yang akan datang.
Posted on 9:23 AM by Anak2 Rantau PPPTS and filed under | 0 Comments »

0 comments: